Berita dan Aktiviti
Jom raikan Yuliya Efimova yang telah dipilih sebagai duta jenama InstaForex

Juara Dunia 6 kali dan perenang terkenal, Yuliya Efimova membuka lembaran baru dalam kariernya di luar bidang sukan. Beliau telah bergabung dengan barisan duta jenama InstaForex. Sepanjang perkongsian ini, Yuliya Efimova akan mengambil bahagian dalam pelbagai kempen pemasaran dan PR broker.

Roman Cepelev, pengarah pembangunan perniagaan syarikat InstaForex di Asia, mengulas mengenai kerjasama baru ini, dengan mengatakan: “Kerjasama dengan Yuliya Efimova adalah pengalaman yang sangat mempesonakan. Yuliya adalah bintang sukan yang membuatkan kita jatuh cinta semula kepada aktiviti berenang setelah sekian lama berhenti. Beliau memberikan jaminan kepada kami untuk menikmati kejohanan renang kerana karisma dan pencapaiannya yang telah disahkan setelah merangkul 17 (!) pingat dari Kejuaraan Dunia, termasuk 6 pingat emas. Tidak perlu dikatakan lagi bahawa berjuta-juta pelanggan InstaForex pasti akan terinspirasi dengan semangatnya yang penuh bertenaga."

"Saya tidak pernah menceburkan diri dalam dagangan atas talian," kata Yulyia. "Namun, kepelbagaian yang ditawarkan oleh InstaForex selain pendekatan yang berfokus pada pelanggan dan sentuhan inovatif, sungguh mengagumkan! Itulah sebabnya saya sangat gembira menjadi duta jenama untuk InstaForex dan berharap dapat memberikan sumbangan untuk kejayaan jenama ini ”.

InstaForex kini merancang untuk melancarkan beberapa kempen promosi dan peraduan dengan penyertaan juara hebat ini dalam waktu terdekat. Broker boleh berkongsi cerita mengenai sejarah panjang perkongsian yang sangat berjaya dengan atlet luar biasa dan pasukan sukan yang sangat popular. FС Liverpool, Borussia Dortmund, Ales Loprais, Victoria Azarenka, Vladimir Moravcik, Viswanathan Anand, dan bintang-bintang hebat lain yang telah menjadi antara duta jenama broker. Tidak hairanlah, InstaForex akan mengejutkan pelanggannya dengan kempen promosi dan peraduan baru!

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai rakan niaga sukan InstaForex di halaman khas InstaSports.